BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 18, 2009

cerepen cerepin cerepun

Ani merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta. Walaupun jika diikutkan pada pendapatan ibubapanya memang Ani tak mampu menyambung pelajarannya di sebuah kplej swasta, namun atas rahmat dari Allah, dia telah ditawarkan menyambung pelajarannya di kolej tersebut dengan mendapat tajaan dari kerajaan. Terasa syukur yang tidak terhingga apabila mengetahui yang dia telah ditawarkan dgn tawaran tersebut kerana jika diikutkan beribu-ribu lagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang berbaris panjang menunggu tawaran dari kerajaan. Iya la, bukan mudah untuk seseorang terutamanya masih begelar pelajar mendapat wang 'free' setiap bulan untuk keperluan pembelajarannya di mana jumlahnya boleh dikatakan hampir2 dengan pendapatan untuk sesorang yang bekerja sebagai cashier dan sebagainya..

Ani merasakan bahwa dia perlu melakukan sebaik mungkin di dalam pelajarannya dan memastikan wang yang diperolehinya tidak digunakan untuk perkara yang sia-sia kerana wang tajaan yang diperolehinya itu bukanlah semata-mata dari kerajaan, tetapi yang sebenarnya adalah amanah dari RAKYAT jelata.. betapa besar amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul jika bukan di dunia...di akhirat, jika dia menghabiskan wang "free" yang diperolehinya itu hanya kepada perkara-perkara yang sia-sia dan tidak perlu, ditambah pula jika dia mengabaikan pelajarannya.

Memandangkan Ani bersekolah di sebuah kolej swasta yang rata-rata pelajar di situ terdiri daripada pelajar bukan Islam, Ani sering menjadi tumupan mata-mata yang memandang terutamanya dari pelajar-pelajar bukan islam ini kerana hanya segelintir pelajar di kolej itu yang memakai pakaian yang mungkin agak 'aneh' bagi mereka.Iya,peraturan untuk pemakaian di kolej tersebut tersangatlah longgar. Oleh itu, kebanyakan pelajar di situ memilih untuk memakai pakaian yang agak tidak bersesusaian dengan tuntutan agama Islam. Ani dan segelintir pelajar Islam yang lain sahaja yang mengenakan pakaian yang tertutup seperti yang dianjurkan oleh agama Islam.

Pernah suatu hari, Ani disoal oleh Mei Li, rakan karibnya yang berbangsa Cina " Ani, i am very curious to know why you wear like this?" tanya Mei Li sambil tangannya menunjukkan ke arah pakaian Ani. Agak terkaku sebentar Ani dibuatnya. Ketika itu bermacam-macam jawapan yang dikarang Ani dalam fikirannya. Mahu dijawab jawapan skema kepada soalan itu takut panjang pula. Mahu dijawab jawapan se'simple' atau semudah yang mungkin seperti "ya i have to wear like this because my religion ask to-fullstop", nanti terlepas pula Ani untuk berkongsi serba sedikit tentang agama Islam yang indah ini. Lagilah teruk jika Ani menjawab seperti ini kepada Mei Li " erm.. i pun tak tahu.. i just ikut my religion saja.. i pun bukannya suka sgt pakai mcm ini" Astaghfirullah.. jawapan apakah itu.. di manakah terletaknya sensitiviti Ani sebagai seorang Muslim atau seorang peniaga yang sedang membawa satu produk terbesar yakni produk "ISLAM". Rugilah Ani untuk merebut pahala dakwah sekiranya dia hanya memberi jawapan yang tidak meyakinkan itu.

Ani merasakan inilah peluangnya untuk berdakwah kepada Mei Li. Tak banyak , sedikit pun jadilah. Walaupun hatinya agak berdebar-debar untuk menjawab jawapan panjang lebar kepada soalan Mei Li itu kerana dirinya tidak biasa berbicara tentang agama dengan orang tambahan pulak dengan orang bukan islam, Ani gagahi jua. Dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.Sebelum menyusun kata-katanya Ani berdoa di dalam hati memohon kepada Allah untuk memberi kemudahan kepadanya untuk menerangkan kepada Mei Li " aim wearing like this coz i obey what my God ask me to do" jawab Ani. Mei Li masih terpinga-pinga dengan jawapan Ani kerana kurang faham, lalu ditanyanya lagi " erm..kenape Tuhan awak suruh awk pakai macam ini?". Ani lalu menjawab, " Baiklah Mei Li, erm first, saya nak berkongsi dengan awk tentang apa itu Islam, boleh? Tapi sebelum itu saya nak tanya awk, apa yang awk faham tentang Islam?"tanya Ani sambil melemparkan senyuman manisnya kepada Mei Li. Mei Li membalas " maafkan saye kalau ape yang saye bagitahu ini sedikit menyinggung hati awk ye" Ani mengangguk tanda tak kesah. "For me, i think Islam itu suatu agame yang agak ketat la.. Sometime i am not really understand why u all pakai macam ini, then always pray 24 hours..eh not 24 hours la kan.. just kidding okay,hihi.. erm then as can be seen in tv, there's a lot of stories about Muslim people like terrorist punya cerita itu, the Taliban la.. ape tu..ermm..haa kayida ke ape?" "owh AlQaeda?" "Ya3 itu AlQaeda.. so for me, sometimes i am not really understand about Islam".

Ani sudah menjangka Mei Li akan memberi jawapan sebegitu kerana memang rata-rata orang bukan Islam malahan ada di antara orang Islam sendiri yang berpandangan sebegini terhadap agama yang sejahtera ini. Berbekalkan sedikit ilmu yang Ani dapati melalui islamic circle yang di sertainya dan juga serba sedikit pembacaannya tentang Islam, Ani cuba untuk menerangkan kepada Mei Li serba sedikit tentang agama Islam ini. "Ok Mei Li, i don't know whether u already know about this or not, but as many people know, Islam means peace rite? yeah.. its true.. Islam means peace atau dalam bahasa nya sejahtera.. macam mana islam itu sejahtera? okay, apa yang telah ditentukan Tuhan untuk hamba-hambaNya patuhi adalah yang terbaik untuk hamba-hambaNya.. Kenapa? kerana He's the one who create us, so He knows what is the best for us and what is not good or harmful to us.. As example, Islam melarang penganutnya untuk meminum arak.. Wine is one of the most delicious drink in this world rite? eheh saya tak pernah minum pun, tapi kalau tengok rata-rata manusia sekarang tak dapat lari dari nak minum arak tu.. cam addicted pulakkan.. that's why i think arak itu minuman yang enak la kot.. tapi, kenapa Allah melarang hambaNya untuk minum arak? saya pasti Mei Li tahu apakah kesan selepas seseorang minum arak kan? Dia akan jadi mabuk, hilang kawalan diri,bila dia hilang kawalan diri maka banyak perkara-perkara negatif yang boleh terjadi contohnya kemalangan jalan raya, tak lupa jugak, dapat menjejaskan kesihatannya, and also apabila sesorang hilang kawalan diri atau hilang ingatan seketika banyak perkara negatif yang boleh terjadi kepadanya contohnya kalau si pemabuk seorang perempuan maka dikhuatiri ada lelaki yang menculiknya atau membuat perkara-perkara yang tidak senonoh terhadapnya, and many more kesan negatif berbanding dengan kesan positif dari meminum arak ini.. sebab itulah Allah melarang hambaNya meminum arak kerana Islam itu sejahtera.. Allah mahukan hamba-hambaNya sihat dari segi semua perkara.. tapi jika dalam Islam ini, as Mei Li know, penganutnya diwajibkan untuk bersembahyang 5 kali sehari, oleh itu salah satu hikmah Allah melarang hambaNya meminum arak adalah kerana, cuba Mei Li bayangkan kalau seseorang itu mabuk, bagaimana dia mahu menghadap Tuhannya dalam keadaan sedar dan merendah diri di hadapan Tuhannya yang Maha Tinggi sedangkan otaknya ketika mabuk itu tidak dapat berfungsi dengan baik".

Sepanjang penerangan Ani, Mei Li dilihat sentiasa mengangguk dan matanya semakin lama semakin besar, tanda dia amat tertarik sekali untuk mendengar penerangan Ani tersebut. " Sangat menarik apa yang awk terangkan pada saya tadi Ani.. cerite la lagi.. saye mahu dengar lagi.. tapi before tu, awk belum jawab lagi soalan saye, why u wearing like this? ehehe" kata Mei Li kepada Ani. Ani ketawa kecil kerana memikirkan mukaddimahnya yang agak panjang itu sehingga terlupa nak menjawab soalan sebenar Mei Li. " Okay la Mei Li, tadi saya sudah cerita serba sedikit kepada awak tapi itu tentang kenapa Allah melarang hambaNya meminum arakkan? So, it just the same with my cloth.. Seperti apa yang saya sudah bagitahu awak tadi, Allah know the best about His creation which is us.. so, apa yang telah ditentukanNya adalah yang terbaik untuk kita.. kenapa saya pakai begini adalah kerana saya mentaati perintah Tuhan yang menjadikan saya.. Tapi, sebenarnya di sebalik apa yang telah ditentukanNya itu terdapat banyak hikmahnya.. Okaylah, now I would like to ask u a question.. ada dua orang gadis kembar yang berjalan-jalan di tengah jalan.. eheh salah seorang kembar itu mengenakan pakaian yang agak seksi atau menjolok mata.. seorang lagi mengenakan pakaian besar macam yang saya pakai ni.. awak rasa kalau ada orang lelaki di tengah jalan itu sedang berjalan-jalan jugak,eheh rasanya siapakah yang lebih menarik perhatian lelaki tersebut?" tanya Ani kepada Mei Li. Lama jugak Mei Li mengambil masa untuk menjawab soalan yang agak senang itu . eheh . " erm saye rase mestila yang berpakaian seksi itu kerana die lebih cantik dan tertarik. tapi apa salahnye die nak nampak cantik? salah ke? " tanya Mei Li kembali kepada Ani .

Sambil tersenyum Ani pun mula menjawab " ehehe.. tau pun awk.. yang seksi tu kan lagi cantik tertarik kau memang de bomb berbanding dengan yang berbaju longgar dan menutup aurat tadi. erm okay, sebenarnya tak salah nak cantik kerana Allah itu Maha Indah dan Maha Cantik dan Dia sukakan kecantikan. TETAPi! harus diingat, kecantikan itu mestilah kena pada gayanya.. kecantikan yang abadi bermula dari hati yang bersih..erm kata-kata ni saya ambil dari iklan pencuci TOPS tu..hehehe lawak jer.. erm bila hati bersih, akhlak baik, rupa tak cantik pun orang nampak cantik.. erm okay, sebenarnya antara tujuan Allah menyuruh hambaNya menutup aurat ini adalah yang pertama supaya seseorang dapat dikenali sebagai seorang Muslim. Selain dari itu, seseorang perempuan islam itu lebih mudah terpelihara dari perkara-perkara yang negatif. Contohnya, bila seseorang mengenakan pakaian seksi atau menjolok mata, sedikit sebanyak dapat menaikkan nafsu seseorang lelaki. Bilamana orang yang seksi ini telah menaikkan nafsu lelaki yang ada masalah penyakit hati ni, maka dikhuatiri, akan terjadilah perkara-perkara negatif seperti kes rogol, atau pun menggalakkan orang lelaki untuk menonton video-video lucah dan seumpamanya.. kerana apa mereka jadi begini? iya! salah satunya kerana tiada iman di dada mereka sehingga mereka berpenyakit hati di situ, dan salah satu lagi kerana kita sendiri!kita sendiri kaum wanita yang mengenakan pakaian yang membuatkan nafsu lelaki tadi tergugat.." jawab Ani panjang lebar sambil berjenaka sedikit dengan Mei Li untuk menarik perhatian Mei Li mendengar penerangannya.

Mei Li pun membalas , " erm menarik apa yang awak kongsi dengan saye ni. But I want to ask u another question. Kenapa saye tengok ade jugak orang Islam itu sendiri yang tidak berpakaian macam awak ini. Mereka pakai seksi jugak maa.. tak pakai yang tutup itu aurat sangat.. boleh ke?? saye pun kadang-kadang confuse meh.. heheh" Ani pun lalu menjawab, " owh.. okaylah Mei Li, as u know, setiap perkara ada undang-undangnya atau peraturannya, contohnya sekolah ada undang-undangnya atau peraturannya tersendiri, sesebuah kerajaan atau negara ada undang-undangnya sendiri, tak lupa jugak, setiap agama ada undang-undangnya atau peraturannya sendiri, tapi, kalau kita ambil contoh sekolah la kan, banyak undang-undang atau peraturan yang dikenakan untuk para pelajar dalam sesebuah sekolah tu contohnya semua pelajar yang tinggal di asrama tidak dibenarkan "fly" atau dalam erti kata lain keluar dari sekolah secara sembunyi tanpa izin dari guru, contoh peraturan lain di sekolah adalah semua pelajar hendaklah memberi salam kepada guru-guru apabila bertembung dengan guru, kemudian contoh lain, para pelajar tidak dibenarkan merokok, bergaduh sesama sendiri dan banyak lagi undang-undang atau peraturan yang termaktub untuk sesebuah sekolah itu. Tapi kan Mei Li, adakah semua pelajar betul-betul melaksanakan semua peraturan atau undang-undang yang ditetapkan itu? Tak kan.. Ramai di antara para pelajar yang masih melanggar peraturan sekolah.. mereka masih 'fly' dari sekolah ataupun mereka masih tidak menghormati guru dan ramai jugak terutamanya pelajar lelaki yang masih merokok dan bergaduh atau membuli sesama mereka dan sebagainya. Pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah ini sudah tentu akan dikenakan hukuman apabila perbuatan mereka berjaya dikesan oleh guru. Pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah ini juga selalu dilabel pelajar nakal atau pelajar bermasalah, bukan? bermasalah dalam mentaati peraturan sekolah.. erm samalah jugak dengan agama islam sendiri mempunyai peraturan-peraturannya tersendiri.."

"Oleh itu, tidak semua umat islam itu sendiri yang mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam agama Islam ini contohnya seperti menutup aurat,even minum alkohol, dan sebagainya.. sama sahaja analoginya dengan pelajar yang melanggar peraturan sekolah tadi..Oleh itu, siapa yang melanggar peraturan atau perintah Allah, sudah pasti akan dikenakan hukuman oleh Allah tidak di dunia, di akhirat kerana setiap manusia itu akan dibalas setimpal dengan apa yang dia lakukan..selalunya orang yang melanggar suruhan Allah itu adalah kerana kurang ilmunya tentang agama Islam ini dan ramai sebenarnya yang sudah mempunyai ilmu contohnya ilmu tentang haram minum arak dan sebagainya tapi dia masih lakukan kerana tidak dapat menahan nafsunya atau kurang ksedarannya.. semua ini juga berpunca daripada kurangnya dia mendekati dan mengenali Allah yang mempunyai sifat-sifat terpuji semata-mata itu dan cuba mengenali dan mendekati Islam.. mungkin salah satu masalah umat Islam sekarang ini adalah mereka dilahirkan islam, oleh itu mereka merasakan diri mereka sudah cukup baik atau sudah kenal islam ataupun sudah terselamat kerana sudah ada title 'islam' di situ..padahal jika ditanya mengenai sejarah nabi Muhammad atau ditanya mengenai nama tokoh-tokoh islam pun masih tergagap-gagap lagi..eheh.. banyak lagi ilmu dalam agama Islam ini yang masih tidak diketahui oleh umat islam itu sendiri termasuklah saya, saya pun masih dalam mengenali Islam, dan truely saya nak cakap, sepanjang saya 'berkenalan' dengan agama islam ini, banyak sangat perkara-perkara yang indah yang sebelum ini saya tak tahu pun mengenainya, tapi after saya dapat tahu, satu sahaja ayat yang keluar dari mulut saya "amazing!".. contohnya, sebelum ini saya tidak tahu tentang di dalam Al-Quran mengandungi cerita mengenai planet dan matahari berputar pada paksinya.. satu ketika dahulu saya fikirkan fakta sains tersebut dijumpai oleh saintis-saintis Barat, walhal fakta tersebut sudah terkandung dalam Quran yang diturunkan berkurun tahun dahulu di mana ketika itu tiada peralatan canggih lagi yang dicipta.. so amazing! unutk pengetahuan awak Mei Li bermaca-macam lagi fakta-fakta sains yang telah diceritakan dalam Quran yang telah diturunkan berkurun lama dahulu, contoh lain adalah peristiwa 'big bang', kemudian tentang sistem pencaran oleh angin kepada tumbuhan,dan macam-macam lagi Mei Li.. tetapi harus diingat, Quran itu diturunkan bukanlah untuk 'science'nya tetapi untuk 'sign'nya..sign.. iaitu tanda Pencipta manusia itu wujud iaitu Allah s.w.t..awak boleh faham apa yang cuba saya sampaikan Mei Li?" tanya Ani sambil melemparkan senyuman manisnya ke arah Mei Li.

Mei Li lalu membalas, "Ya.. i think i got it.. very nice explanation.. tapi saye wonder one thing la Ani, kalau itu orang islam aa yang tak pakai itu tutup aurat tapi hati dia baik, tapi ada pule orang islam yang pakai itu tudung tapi lagi teruk perangainye, macam mane ye?". Ani dengan tenangnya membalas, " owh, erm untuk pengetahuan awak Mei Li, satu ketika dahulu pun saya terfikir macam tu jugak, sebab saya tengok ada saja orang yang tidak menutup aurat ini hati mereka sangat baik, mereka selalu senyum, mudah warm dengan semua orang, selalu solat dan macam-macam lagi, tapi kadang-kadang saya jugak tengok terdapat orang-orang yang memakai tudung masih melakukan maksiat seperti berpegangan tangan dengan kekasih mereka kehulu kehilir, untuk pengetahuan awak Mei Li Islam melarang umatnya untuk bergaul bebas perempuan dan lelaki, kemudian ada jugak yang tidak solat tapi menutup aurat, erm macam mana tu? eheh pernah sekali saya tanya soalan ini kepada seorang ustazah , kemudian dia menjawab, sebenarnya memang kita ini manusia biasa memang tidak boleh sesekali pun men'judge' manusia kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui hati hamba-hambaNya.. tapi, ingat satu analogi yang dapat membuatkan kita sentiasa mahu melakukan kebaikan, analoginya begini, bayangkan bila kita melakukan satu kebaikan, akn ada satu bunga yang cantik tumbuh segar, bila kita melakukan kebaikan yang lain pula, bunga cantik yang lain pula tumbuh segar, contohnya bila kita senyum kepada manusia sekeliling, akan tumbuh bunga-bunga kecil yang comel, bila kita menutup aurat pula kerana Allah, akan tumbuh pula bunga-bunga mawar di sebalik bunga-bunga kecil tadi, kemudian kita memberi sedekah kepada orang miskin pula, akan adalah daun yang hijau dan segar di sebalik bunga-bunga tadi, semakin banyak kebaikan yang kita lakukan, kita dapat menghasilkan sejambak bunga yang sangat cantik dan segar.. ok contoh pulak untuk orang yang tidak menutup aurat tadi tetapi dia selalu solat, akan ada bunga cantik yang tumbuh untuk dia tapi mungkin dia kekurangan daun-daun hijau yang segar dalam jambakan bunganya kerana dia tidak menutup aurat, sama jugak bagi orang yang menutup aurat tetapi tidak solat, mungkin akan ada bunga-bunga yang tumbuh untuknya bagi kebaikan yang dilakukan tapi mungkinlah bunga itu tidak sesegar mana ataupun tak bermaya kerana perkara wajib yang perlu dibuat tidak dilakukannya.."

"kesimpulannya Mei Li, semakin banyak kebaikan yang kita lakukan semata-mata kerana Allah, semakin besarlah jambakan bunga kita, semakin cantik dan semakin segar.. kalau awk nak pilih jambakan bunga untuk dihadiahkan kepada ibu awk misalnya, awk nak pilih yang cantik atau yang tak cantik? of course yang cantikkan?? erm wallahua'lam.. haa satu lagi yang saya tertinggal Mei Li, saya nak ceritakan kepada awk satu kisah ni, pernah sekali kawan saya yang tidak menutup aurat ini ditegur kenapa dia tidak menutup aurat oleh seorang lagi kawan saya, kemudian dijawabnya " alah, aku tak tutup aurat pun, hati aku baik tak macam si polan ni, tutup aurat tapi perangai teruk giler" erm macam itulah katanya, ada betul jugak apa yang dicakapnya, tapi bila saya menyoalkan perkara ini kepada ustazah, ustazah pun menjawab orang yang tidak menutup aurat itu sudah melakukan tiga kesalahan, satu dia tidak menutup aurat, lagi pulak dia riak kerana mengatakan diri dia baik, satu lagi kesalahannya dia telah mengumpat orang,ermmm besar tau dosa mengumpat dan dosa riak itu.. bilamana kita riak dikhuatiri kebaikan yang kita lakukan itu contohnya solat kita akan sia-sia.. habes begitu saja..means hanya penat sajalah yang dapat.. huhu nau'zubillah peringatan buat diri saya sendiri" cerita Ani kepada Mei Li dengan panjang lebarnya.

Mei Li pun membalas, " erm.. saya suka dengan apa yang awak terangkan.. terima kasih banyak.. banyak perkara baru yang saya baru dapat tahu tentang agama Islam ini.. thank's a lot Ani" Ani segera membalas sambil menepuk bahu Mei Li, " owh tak ada apa-apa, kalau awak lebih berminat lagi untuk mengetahui tentang Islam, haa tentang kayida eheh Al-Qaeda, terrorist ke atau apa sahaja yang awak nak tahu atau awak nak mengenali Islam dengan lebih lagi, cuba-cubalah membaca buku tentang agama Islam.. apa-apapun maafkan saya andai kata saya ada tersalah kata sepanjang penerangan saya tadi.. niat saya cuma ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang agama saya..."

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman Ani sepanjang berada di sebuah kolej antarabangsa yang sangat banyak cabaran dan dugaan samaada dari sudut jasmani mahupun rohaninya. Ani tahu dia ditakdirkan ALlah untuk belajar di situ bukanlah saja-saja, disamping untuk mengejar cita-citanya tetapi tujuan lain Allah menghantarnya di situ adalah untuk memberi peluang kepadanya untuk menyebarkan agama islam jika susah untuk menyampaikan secara lisan, dia akan cuba sampaikan melalui akhlaknya, bukan sahaja berdakwah kepada orang bukan islam malah kepada orang-orang islam sendiri kerana semua orang islam itu sendirilah yang penting untuk menjadi agen pendakwah kepada orang bukan islam.. Ani dapat bayangkan, jika Allah mentakdirkan semua orang islam di situ betul-betu memahami islam dan menunjukkan akhlak yang sangat baik seperti dianjurkan agama islam itu sendiri, sudah tentulah orang-orang bukan islam akan tertarik dengan agama yang indah ini..

Ani tahu, tujuan hidupnya bukanlah semata-mata berjaya mendapat segulung ijazah sahaja kerana Ani tahu hidup yang kekal adalah di sana...sama sahaja seperti kehidupannya disekolah menengah dahulu, ketika itu sahajalah di rasakan SPM lah segla-galanya, tapi akhirnya setelah Ani berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPMnya dan telah berjaya mendapat tawaran menyambung pelajarannya di kolej tersebut, SPM sudah tidak menjadi tujuan utamanya lagi dan SPM hanya tinggal menjadi kenangan..samalah juga dengan sekarang, jika ijazahlah semata-mata yang dikejarnya sekarang ia hanyalah buat seketika.. kerana setelah tamat ijazah, kerja pula yang aka menjadi fokusnya ketika itu..tinggallah ijazah tersebut..sama juga dengan kerja,jika Ani meletakkan hidupnya hanya semata-mata unutk kerja mendapat duit sahaja, akhirnya dia akan meninggalkan semua itu bilamana dirinya dipanggil Illahi..Ani tahu, apa sahaja yang dilakukannya,akhirnya akan membawa Ani bertemu dengan Allah jua buat selama-lamanya.. oleh itu Ani merasakan tiada masa untuk hanya menjadikan dunia yang singkat ini sebagai tujuan utama hidup kerana akhirnya tempat kembalinya yang abadi adalah di sana...

p/s : Kita manusia perlu ingat bahawa hidup kita ini bukan hanya di dunia, tetapi ada akhirat yang sedang menanti kedatangan kita.. ingat bahawa dunia itu hanyalah singkat sebenar-benar singkat, akhirat pula kekal..kekal..kekal buat selama-lamanya.. tidak usahlah terlalu mengejar dunia, terlalu berhibur, terlalu taksub dengan keindahan dunia ini yang sangat singkat.. kejarlah juga akhirat yang selama-lamanya itu.. kita sekarang ini sebenarnya adalah ummatan wasata atau pun umat pertengahan.. apa itu umat pertengahan? maksudnya adalah umat yang perlu seimbang dunia dan akhiratnya.. ingat satu pepatah ini, " jika kita mengejar dunia, akhirat akan meninggalkan kita, tetapi jika kita mengejar akhirat, dunia akan mengiringi kita"... wallahua'lam..

Monday, November 16, 2009

SurGerYY??maYaT??

Alhamdulillah baru-baru ini, saya menamatkan sebuah cycle subjek yang amat menarik minat saya, iaitu subjek Operative Surgery. Subjek ini secara ringkasnya mengajar kami untuk melakukan prosedur-prosedur pembedahan, bermula dari sekecil-kecil incision, hinggalah ke suture. Saya, yang mempunyai minat yang mendalam mengenai bidang surgeri ini, pastinya amat-amat seronok sepanjang cycle ini! Dan pengalaman yang baru juga saya dapati, sepanjang cycle ini, iaitu pengalaman beroperasi di bilik mayat (morgue).
Boleh dikatakan hampir setiap hari jugalah kami berkunjung ke bilik mayat yang terletak lebih kurang 500 meter dari hostel ini. Untuk apa? Tentulah untuk mempraktiskan prosedur-prosedur surgeri yang kami pelajari. Kunjungan saya ke rumah mayat tersebut sepanjang minggu lalu, banyak meninggalkan kesan kepada diri saya. Bukanlah kesan seperti tak lena tidur malam ataupun ternampak benda bukan-bukan,sebaliknya ia membuat saya banyak berfikir. Mungkin kerana Russia dahulunya negara komunis, fahaman yang menentang kepercayaan terhadap Tuhan, justeru mereka kurang mempunyai sensitiviti dan tuntutan keagamaan dalam berurusan dengan mayat.
Suasana di rumah mayat tersebut, sangatlah menyentuh perasaan saya. Mayat-mayat dibiarkan bergelimpangan, ada yang separuh terbuka badannya (akibat autopsi), dengan tidak ditutup aurat. Mungkin itu kebiasaan bagi mereka agaknya, manusia yang telah mati tiada lagi nilai kemanusiaan keatasnya. Ini berlainan sekali dengan apa yang diajar dalam Islam. Dalam Islam, banyak diberi panduan untuk berurusan dengan mayat. Dari seringkas-ringkas adab seperti menutup aurat mayat, sehinggalah sekeras-keras amaran seperti..
“Mematahkan tulang mayat itu seperti mematahkan tulang orang yang hidup” - [Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dari A'isyah sebagaimana yg disebut didalam Al-Jami' Al-Saghir]
Tetapi bukan adab-adab berurusan dengan jenazah yang ingin saya bicarakan. Saya pasti kita semua dah lulus ujian KAFA Bab Pengurusan Jenazah ketika SPM dulu kan? Namun yang paling membuatkan saya terfikir, dan ingin saya ajak anda semua berfikir juga. Bagaimana agaknya keadaan kita setelah kita meninggal kelak? Adakah ada orang akan kisah mengenai kita? Apa yang kita boleh bawa bersama? Kita hanya tak lain tak bukan, sekadar sekujur tubuh!Tiada lagi pakaian Zara, NewYorkers mahupun Adidas atau Nike yang membaluti tubuh. Tiada lagi suara lunak merdu yang selalu kita keluarkan ketika bergelak ketawa bersama rakan-rakan. Tiada lagi tubuh badan yang sihat berkejar-kejaran berebut bola.
Sekadar sekujur tubuh, tiada bezanya kau dan aku. Maka kenapa perlu kita banggakan dengan apa yang kita ada sekarang, sedangkan masih wujud keberangkalian pada esok harinya kita hanyalah akan tinggal sekadar sekujur tubuh yang kaku? Rasulullah berpesan, mafhumnya, setelah terpisah roh dan jasad seorang Muslim itu, maka terputuslah sudah semua amalannya di dunia. Dia tidak lagi akan dapat berbuat pahala. Tiada lagi dipertanggungjawabkan atas dosa. Kecuali, beberapa perkara.
Pertamanya, sedekah jariah. Bermaksud sedekah yang membawa manfaat yang berterusan selagi mana apa yang disedekahkan itu digunakan. Seperti sedekah kepada masjid, surau dan sebagainya. Kedua, ilmu yang bermanfaat serta doa dari anak yang soleh. Namun ada satu lagi hadis yang penting juga, mengenai “masa depan” kita: Imam Ahmad, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Jarir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa memulakan jalan yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan juga pahala orang yang beramal dengannya selepasnya tanpa dikurangi daripada pahala mereka sedikitpun juga, dan barangsiapa memulakan jalan yang buruk dalam Islam, maka atasnya dosanya dan juga dosa orang yang beramal dengannya tanpa dikurangi daripada dosa mereka sedikitpun juga”.
Siapa anda sesudah anda? “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.” Satu lagi persoalan yang bermain di minda saya sepanjang berurusan dengan mayat - “Agaknya setelah aku mati nanti, orang akan ingat aku sebagai siapa?” Secara ringkasnya, bolehlah anda fahami, "Apakah yang orang akan ingat mengenai anda setelah anda pergi nanti?". Persoalan yang hypothetical, tetapi membawa minda ke satu lagi persoalan iaitu “Adakah pentingnya anda kepada dunia atau masyarakat sekeliling anda?”.
Teringat saya akan sebuah kisah yang Ustaz Hasrizal ceritakan dalam salah satu ceramah beliau. Jika kita bertanyakan kepada seorang kanak-kanak berumur 10 tahun, “Apa manfaat yang boleh dibuat dari pokok kelapa kepada manusia?”, maka kanak-kanak tersebut boleh mendatangkan bermacam jawapan - batangnya dibuat titi, pelepahnya dibuat penyapu, airnya dibuat minuman dan pelbagai lagi. Sekarang mari kita tanyakan soalan yang lebih kurang serupa kepada diri kita sendiri, “Apa manfaat yang aku bawa kepada umat manusia?” .
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.” [Shahih al-Jami' no 3289 (Hasan).]
Wahai diriku sendiri, adakah kau sekadar ingin diingati sebagai seorang remaja Muslim yang sering leka dalam kehidupannya. Remaja yang hidupnya hanya untuk dirinya sendiri. Makannya untuk kenyangnya. Tidurnya untuk nyenyaknya. Apakah manfaat yang telah engkau bawa kepada rakan-rakanmu? Saudara-maramu? Umat Islam selainnya? Marilah kita sama-sama muhasabah, apakah kesan kehidupan kita kepada orang lain. Adakah kita ini pencetus kepada kemungkaran orang lain dengan mengajak rakan-rakan menghisap rokok, atau mengajak pasangan keluar dating dan sebagainya?
...Dan barangsiapa memulakan jalan yang buruk dalam Islam, maka atasnya dosanya dan juga dosa orang yang beramal dengannya tanpa dikurangi daripada dosa mereka sedikitpun juga...! Kita tak perlu menjadi seorang yang hebat untuk mendatangkan manfaat kepada orang lain. Tidak perlu bergelar seorang doktor, tidak perlu title seorang ustaz. Cukup sekadar mempamerkan sahsiah Islam, dan menjauhi perkara-perkara yang mencemarkan nama Islam, itu pun sudah cukup dikira sebagai manfaat kepada orang lain.
...Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin, dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS. an-Nur:22)

p/s:artikel sumbmitted by Leokid, dan kepada para pembaca dan pengunjung iluvislam atas nasihat penulis sendiri,saya letakkan link ke artikel asal
Message:http://www.iLuvislam.com......

p/s lagi sekali : artikel ni bukanlah ditulis oleh saya, saya ambek dari : (saya pun tak kenai sapa..eheh)
Mohd Syamirulah Rahim
Editor : arisHa27

apa yang penting adalah isi yg ditulis oleh si penulis yg sebenar.. moga ada manfaatnya untuk diriku, dirimu, dan diri semua pembaca..

Sunday, November 15, 2009

You came to me~

p/s : video untuk lagu ni kat bawah.. best lagu ni.. tryla dengar.. mak saya pun suka.. hee~~~

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away
Showed me the right way, the way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you

Showed me right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you


Showed right from wrong
showed me right from wrong

Saturday, November 14, 2009

cuti~cuti~cuti~

salam semua..


mentang2 br ja abeh exam, n cuti 4 bln dah di "turn on" kan dah, so adala banyak masa jugak.. kalau tidak, harap saya nak tulih blog ni, mintak mangaplaa..huhuhu kerja busy ja memanjang..eheh (padahai org len boleh ja kan..eheh) lagi pulak saya ni mmg tak pandai sket bab2 karang mengarang ni.. erm satu perkataan yg mmg sgt common la utk semua org bila hari2 kita tak dibusykan dgn assignment dan sbgnya..apa perkataan tu?? jawapannya, mestila BOSAN.. asai takdak assignment or anythingelse ja bosan.. bosan.. bosan.. erm padahai masa yg terluang ni la sepatutnya kita gunakan utk buat perkara2 berfaedah yg lain yg mana kita tak dpt buat perkara2 ni waktu kita tgh bz dulu.. kalau zaman nabi dulu, takdaknya word "bosan" tu.. setiap masa dorang habiskan sepenuh2nya kalau bukan utk beribadah, dorang gunakan utk ingat-mengingat sesama mereka.. waduh3.. hebat la dorang ni! uhuhu masalah umat kita sekarang ni, byk sgt masa lapang sampaila keluar perkataan "bosan" tu.. kdg2 tu mengeluh bila time tgh bz dgn assignment n so on, tp bila tak bz ngn semua tu, bosan pulak.. erm cammano ni?eheh so,ingatlah ayat Quran yang sgt common di telinga kita ni n jugak sgt3la important buat kita semua yakni Surah Al-Asr yg berbunyik :


Bismillahirrahmanirrahim..


1. Walasr. (Demi MASA)

2. Innalinsanalafilkhusr. (sesungguhnya manusia itu berada dalam keRUGIan)

3. Illallazinaamanuwaa'milussolihaatiwatawasaubilhaq watawasaubissabr (KECUALI orang2 yang berIMAN dan mengerjakan AMAL SOLEH, yang saling berPESAN2 dgn keBENARan dan saling berPESAN2 dgn keSABARan)


erm... masalah kita skarang ni kalau nak diperatikan la kan, byk sgt masa terluang atau masa lapang.. bila kita byk masa lapang kita tend to nak buat perkara2 yg akn menghiburkan hati kita dikala 'bosan' ni,betui tak?.. kebanyakan manusia memilih perkara2 yg lagha2 atau mengarut atau menghabeskan masa saja untuk menghiburkan diri dia dikala kebosanang ni.. contohnya main games, tgk movie, shopping2 sakan, yg ada makwe pakwe ni pulak start la nk keluar2 ka n so on.. erm baru ja ayat quran yg common di telinga kita td kata, DEMI MASA.sesungguhnya manusia itu berada dalam KERUGIAN.. erm mmg cantek sggh ayat2 Allah ni.. kena batang hidung kita kan.. huhuhu

erm tak salah pn sebenarnya nak main games kadang2, tgk movie (depend to movie la movie yg haram tetap haram ok:)), erm tapi kalau dah selalu sgt masa kita habeskan utk semua tu so, cammano kita nak gunakan masa yg berbaki ni utk tambahkan pahala2 kita yang sememangnya sgt2laa sikit ni??huhuhu dah kalau sepenuh masa kita dah luangkan utk benda2 yg lagha ni atau tak bermanfaat atau tak mendatangkan pahala ni, erm dikhuatirilah kita termasuk dlm golongan org yg RUGI tadi.. tambah pulak, dlm hari2 kita, kalau la kita tgk movie yg ada unsur2 maksiat (kalau diikutkan movie hollywood ni kebanyakannya memang takkan lari dr part2 maksiatnya atau part yg menghairahkan..nau'zubillah huhu) dah berdosa dah..ditambah la pulak hari2 kita mesti tak lepasnya dr kita berbuat dosa yg len, contohnya mengumpat ka, berburuk sangka terhadap org ka,tinggal solat secara sengaja ka, n byk lg, so nak dikaji2 balik, nak dihitung2 balik, nak dikira2 balik, byknyaa DOSA kita setiap hari yg kita tak sedar pn kita telah lakukan.. huhuhu (ampunkan daku ya Rab...T_T) erm so jadilah kita org yg RUGI seRUGIRUGInya.. nau'uzubillah.. huhuhu erm ingat! akhirnya kita akan kembali padaNya jugak.. entah bila.. tapi waktu tu bukan semakin jauh, sebaliknya semakin dekat! so, takkan kita nak menghadap Allah dgn bekal yang tak seberapa ni?? dosa byk, pahala seciput ja.. (nau'zubillah.. peringatan buat diri sendiri..)


Tuhan.. Dosaku menggunung tinggi

Namun taubatku cuma sedikit..

Tuhan.. rahmatMu melangit luas

Namun sedikit ku bersyukur...

Kini ku kembali pada-Mu

Mengharap maghfirah dari-Mu


Moga kan terampunlah dosa-dosaku…


T_T

p/s : penulisan ini ditujukan khas untuk diriku sendiri dan semua para pembaca:) moga ada manfaatnya~ ameen..


Tuesday, August 4, 2009

bercamping di sg congkak

salam..
sudah sekian lama daku tidak menulis blog ini.. inilah masalah saya, lambat sikit bab2 nak mengupdate blog atau menulis.. tapi after pulang dari camping (yang sepatutnya dua hari tapi saya terpaksa pergi untuk sehari saja sebab camping tu hari ahad n isnin, hari isnin ada kelas so saya just pergi camping tu untuk hari ahad saja), saya terasa seperti nak berkongsi pengalaman saya yang hanya sekejap saja di camping tu tapi pengalaman yang ditimba cukup bermakna.. insyaAllah..

Bertolak ke sana dalam pukui 7.30 pagi diambil oleh kaktini dengan keretanya..haa sebelum tu, tempat camping tu dekat sungai congkak, selangor..nama tapak kem kat situ kem mutiara hati.. perjalanan kami rasa macam sekejap saja, tapi nak dekat sampai dah boleh pulak saya terlelap(saya duduk sebelah kaktini yang tengah drive..kadang2 rasa bersalah jugak kat dia sebab asyik dok tidoq..huhu sorry kaktini).. dalam keta tu ada saya, ziha dan beberapa adik2 dari intec.. kereta kaktini convoy dengan kereta kakintan yang bawak adik2 intec.. dalam keta sempat lagi berkenalan dengan adik2 intec yang baru kami kenal..dorang ni ada yang nak fly ke india, us, dok sini pun ada.. insyaAllah:)

Sampai2 kat sungai congkak tu orang2 lain yakni student2 dari kmb(kolej mara banting,ukm,etc) dok tengah menunggu kami yang baru sampai ni.. sambil2 tu depa dok hafal hadis 35 dan sepotong ayat quran as our task la nanti.. (erm first time jugak la saya bercamping sambil menghafal hadis Rasulullah=)) saya ada la tanya kat kakazwa "nak kena buat apa ni?" Dia pun cakap la ari ni juz aktiviti outdoor saja.. erm saya pun rasa teruja la jugak sebab saya pun sebenarnya agak berminat dengan aktiviti-aktiviti lasak ni (jangan tak percaya..eheh) first aktiviti yang kitorang buat adalah jungle trekking.. saya suka~~ ehehe hutan kan sempit jugakkan so kitorang kena jalan sorang demi sorang la mendaki bukit dan meredah hutan belantara yang penuh dengan pokok2 yang bermacam2 jenis..masyaAllah..cantek bangat permandangan dia.. ya la.. selama ni duduk kat sunway ni keja dok nampak bangunan saja, kat hutan ni la baru dapat bernafas dengan tenangnya walaupun ada la penat sket kan mendaki bukit tu.. eheh sepanjang perjalanan kami dalam hutan tu, saya dapat tgk banyak pokok2 macam2 jenis..pastu ada satu part ni ada pokok buluh macam membentuk gerbang..masyaAllah cantik gler..tapi sayang saya tak bawak kamera waktu tu (macam la ada kamera..eheh kamera handphone saja ada tapi tak bawak waktu mendaki=D) so terpaksalah saya save gambar pokok2 buluh yang cantik tu dalam kepala saya saja (mintak maaf la saya tak dapat nak share gambar yang cantik tu dengan para pembaca sbb kepala saya takdak sistem bluetooth atau infrared) eheh sepanjang perjalanan kami dalam hutan tu adalah beberapa perkara yang berlaku seperti ada orang tercabut kasut, kadang2 tu orang belakang tertinggal di belakang( dah duduk belakang kan) eheh sebabnya nak perbetul tali kasut dan sebagainya.. bila orang belakang tertinggal dibelakang, makanya orang depan pun disuruh berhenti sekejap.. apa yang penting?kerjasama.. ada jugakla beberapa orang yang dok tanya kat kakak2 tu "kak bila kita nak sampai ni?" soklan yang biasa la kan.. tapi saya memang cukup rasa best bila time kami kena redah sungai.. waduh2.. rasa macam penat mendaki hutan tu ringan sikit after kena air sungai yang sejuk tu..masyaAllah betapa indahnya ciptaan Allah ni..

daki punya daki akhirnya sampaila tempat destinasi kami yakni ayaq terjun yang fuhh canteknya masyaAllah! tapi kami tak mandi pun la sebab ada aktiviti len plak after tu.. tapi kat ayaq terjun tu kami duduk2 bersantai dulu kat ctu sambil kakak yang conduct kami suruh sapa2 antara kami komen apa yang kami dapat sepanjang pendakian bukit tadi.. saya cukup kagum la dengan komen sahabat2 dari institusi lain... antara komen2 yang depa bagi:
1) bagi saya, kalau kita dapat tengok dalam pendakian tadi macam2 masalah dan rintangan berlaku contohnya macam kasut tercabutla, penat mendaki etc... tapi akhirnya kita sampai ke matlamat pendakian kita yakni air terjun ni.. bila dah reach air terjun ni rasa penat lelah waktu mendaki tadi pun dah hilang sket.. samalah jugak dengan dakwah dan tarbiyah.. berada dalam jalan ni memang banyak gler rintangan, halangan (i.e nafsu,etc), tapi matlamat kita adalah syurga yang kenikmatannya dan keindahannya berlipat kali ganda nak dicompare dgn air terjun ni, even nak dicompare dgn keindahan2/kenikmatan2 kat dunia ni! makanya janganlah kita mudah berputus asa..
2) kalau kita tengok dari pendakian tadi, ada orang yang daya ketahanan dia tinggi sikit dari orang yang lain, so orang tu kurang bermasalah dalam mendaki, tapi ada jugak orang yang cepat semput ketika mendaki,mungkinlah sebab fitness dia kurang, tapi tanpa berputus asa akhirnya semua sama2 sampai di air terjun yang indah ni... samalah dalam perjalanan dakwah dan tarbiyah ni.. ada orang yang dapat sampaikan dakwahnya tanpa rintangan yang banyak, tapi ada orang yang banyak rintangannya sepanjang dia nak menyampaikan dakwah dia, tapi dia tetap tak berputus asa.. tapi.. akhirnya semua yang berusaha menyampaikan dakwah ni insyaAllah sama2 dapat mengecap kenikmatan syurga di akhirat kelak jika mereka ikhlas kerana Allah...insyaAllah~
3) erm menerusi jungle trekking ni, apa yg saya dpt adalah kita dpt tgk keindahan ciptaan Allah dan dpt relatekan dgn rahmat dan kasih sayangNya kpd kita.. cuba kawan2 tgk pada pokok2 kat hutan ni. Perasan tak pokok2 ni daun2nya semua tersusun satu2 yakni tak bertindih2 la.. cuba bayangkan kalau Allah susun daun2 pokok ni bertindih2, mcm mana daun2 tu nak dpt sumber cahaya? bila tak dpt sumber cahaya, makanya pokok2 akan mati la.. bila pokok2 mati, tak dpt la pokok nak bagi oksigen kat kita dan jugak makanan untuk manusia dan haiwan2.. betapa sayangnya Allah kpd kita, kita ja yg tak sedar ttg ni..

erm.. tu la antara comment2 yg diberi oleh candidate pada hari tersebut.. bagi saya sendiri, mmg bila dgr jawapan dr kawan2 saya tu rasa kagum dgn diorang.. masyaAllah.. sampai begitu sekali diorang dpt relatekn aktiviti mendaki tersebut dgn perjalanan hidup sebagai hamba Allah di dunia yg sementara ni...

Oleh itu nasihat saya kepada diri sendiri dan para pembaca sekalian.. pandanglah alam yang cantik ini bukan sekadar hiasan kecantikan dunia sahaja,, hanya sedap pada pandangan mata.. tapi lihatlah dengan hatimu..lihatlah hikmah disebalik kejadiannya.. pada setiap kejadian2 alam ini, terdapat tanda2 kewujudan dan tanda2 kekuasaan Allah.. semoga dgn melihat alam kejadian Allah ini termasuklah diri kita sendiri(juga ciptaanNya) kita sentiasa peka dan sedar atau sentiasa ingat bahawa Dialah Pencipta yang Maha Besar..tapi..walaupun Allah itu Maha Besar namun antara sifat2Nya jugak adalah Maha Pemberi Rahmat dan Maha Penyayang kepada hamba2Nya.. moga cerita ini ada manfaatnya.. insyaAllah~~~

Tuesday, July 14, 2009

Awat boleh jadi macam ni??

Mengapa kebiasaannya sepasang suami isteri yang telah berkahwin lebih daripada 10 ke 15 tahun sering mengalami kehilangan kemanisan dalam rumah tangga mereka?

Sering berlaku kesilapan apabila isteri merasakan wajah dan potongan badan itu paling utama atau difikirkan kemahiran memasak menu2 yang sedap2 adalah "key" untuk memikat hati si suami.Si suami pulak merasakan layanan yang romantik dan hadiah-hadiah yang cantik dirasakan akan menyebabkan isteri tertarik. Benar, semua yang dinyatakan ini penting, namun bukan itu yang utama dan segala-galanya!

Kita tidak boleh lagi memanipulasi tarikan seksual untuk menjaga keintiman hati.Seks, walaupun ianya satu keperluan namun ia bukanlah tujuan dalam berumah tangga. Apakah yang mengekalkan perkahwinan hingga ke akhir hayat? Seks? Jauh sekali. Tidak salah menghias diri menarik pandangan suami kerana lelaki lebih terkesan dengan penglihatan. Tidak salah terus memberi sentuhan romantic kerana isteri lebih terasa dengan sentuhan . Tetapi ingat, usia pasti meragut apa yang indah pada pandangan dan apa yang ghairah pada sentuhan. Terimalah reality bahawa awet muda, gagah perkasa dan segalanya yang berfokus kepada fizikal hanyalah ilusi. Tua pasti meragut segala-galanya. Cepat atau lambat.

Detik bertemu denganNya kian hampir..

Jadi, cinta jangan berpaut pada “dahan” yang rapuh itu.Cinta mesti berpaut pada akar yang sejati dan hakiki. Kata pakar seksologi, lewat 40 an, lelaki terus inginkan hubungan fizikal yang aktif, manakala wanita sudah beralih ke hubungan emosi yang lebih seni.Maka sibuklah lelaki mencari ubat itu dan ini.Seperti sibuknya wanita mencari formula mengurus,mengempis dan pelbagai “kegilaan” baru. Lihat sahaja produk yang tumbuh bagaikan cendawan pada ketika ini. Inilah reaksi dan respons baik kaum lelaki mahupun perempuan , akibat percaya bahawa cinta itu terletak pada sesuatu yang dilihat dan disentuh.

Terbius dengan kajian-kajian dan iklan yang pelbagai itu, kita lupa sepatutnya pecutan diri mesti ditingkatkan kerana detik untuk bertemu Allah kian hampir. Pasangan kita hakikatnya adalah sebelah sayap yang perlu digandingkan untuk terbang mencari keredhaan Illahi.

Tongkat ali vs Sayidina Ali

Ketika lelaki lewat 40-an sibuk mencari “Tongkat Ali”, mereka terlupa bagaimana pada usia begitu Sayidina Ali mencari sesuatu yang berbeza. Beliau pernah menangis beberapa hari sebelum mati dibunuh sambil berkata, “ Wahai dunia, kalau engkau hendak menipu, tipulah orang lain. Aku telah ceraikan kau dengan talak tiga!” Itulah roh perjuangan Saiyidina Ali. Dia melihat pada usia yang semakin meningkat , pecutan menuju Allah harus dipercepat. Begitu juga Imam Syafie, diusia 40 tahun beliau sudah memakai tongkat. Bila ditanya mengapa, dia menjawab, “ Aku mengingatkan diriku agar memecut lebih laju di jalan Allah”.

Harus diingat! Kita sebagai seorang manusia langsung tidak ada pengetahuan tentang bilakah mati akan bertandang diri ini. Betapa ramai anak-anak muda yang menemui ajal terlebih dahulu dari orang-orang yang berusia yang lain. Yang pastinya, setiap manusia akan menghadapi detik itu,detik penentu segala-galanya! Ke syurga kah atau ke neraka kah kita? Tepuk dada tanya iman, tanya apakah yang sudah kita lakukan sampai hari ini?? Layakkah kita memasuki syurga Allah kalau perintah dan laranganNya kita tidak ambil berat atau peduli? Ingat! Syurga atau neraka itu (akhirat) adalah tempat tinggal kita yang kekal hingga bila-bila setelah kita hidup di dunia yang sementara dan singkat ini. Oleh itu, bergantung kepada diri kita sendiri sama ada inginkan syurga atau neraka, semuanya bergantung kepada pilihan jalan kita di dunia ini iaitu samaada islam atau jahiliyah!

(Dipetik dari penulisan oleh Pahrol Mohamad Juoi dari Majalah Solusi)

Sunday, May 17, 2009

100 kali ganda indah dari dunia..


Saya berbual2 dgn sorang sahabat saya sambil tunjuk gambar2 cantik yg ada dlm folder 'beautiful background' pemberian sorang lagi sahabat saya dlm laptop saya ni.. sampai ja part gambar kat atas ni, sahabat saya tu berhenti sejenak.. saya tanya kenapa? pastu dia pn cakap.. "cuba tengok gambar ni.. padang rumput dia luas..awan dia pun cantik..sangat menenangkan.. cuba bayangkan, kalau kita dpt msk syurga, dlm syurga tu nanti kita diibaratkan duduk dalam kawasan cantik dan luas macam ni n yg plg bestnya dengan orang2 yang kita sayang terutamanya bersama2 Tuhan Pencipta kita..." erm.. terbayang2 kat minda saya gambaran syurga tu..aduh.. besnya.. syurga yg sebenar bukanlah spt apa yg saya bayangkan..malah berlipat kali ganda menenangkan, indah, permai,cantik, harmoni daripada gambar yang di atas ni.. wallahua'lam.. betapa bahagia nya kalau dpt masuk syurga... huhuhu tp terfikir pulak d benak fikiran saya ni.. layak ka aku nak dpt syurga...perintah Allah pn belum tentu aku dah tunaikan sepenuhnya..huhuhu apa2pn Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..kalau kita sentiasa berusaha merubah diri kita ke arah kebaikan, ke arah mencari redha Dia, pasti Dia takkan sia2kan apa yg kita usahakan..mesti Dia akan hadiahkan syurga yg indah ni buat kita.. insyaAllah jika amal yg kita buat tu betul2 ikhlas.. apa2pn sentiasalah muhasabah diri.. jangan kita nak harapkan syurga kalau perintah Dia kita buat tak endah, kalau kita sombong pada Allah... sentiasalah mohon ampun pada Allah... hidup kat dunia ni tak lama mana pun.. lepas meninggal nanti adanya alam barzakh dan after that kiamat d mana waktu tu la penentuan kita masuk syurga atau neraka.. anda mahu syurga atau neraka? tanya pada iman anda..tanya pada amal anda.. tanya jugak pada keihklasan anda.. tepuk dada tanya iman.. ingat! syurga dan neraka tu pasti! syurga tu berlipat kali ganda indah dari keindahan2 kat dunia ni.. neraka pulak azabnya pedih tersangat lah pedih.. dont waste ur time in this very short life which is this dunia.. jadikan dunia yg singkat ni sbg tempat utk mengutip sebanyak mana bekal untuk kehidupan kita d akhirat kelak yang kekal selama2nya!kekal selama2nya... insyaALlah..
(peringatan buat diriku sendiri..)

Lastly, hayatilah ayat2 Quran kat bawah ni yg ada kaitan dgn syurga...

"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ dari sutera" (Al-Hajj: ayat 23)

"Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya" (Al-Kahfi: ayat 31)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah)" (Al-Kahfi:ayat 107)

"Kuasa pemerintahan pada hari kiamat itu tertentu bagi Allah. Dia akan menghukum di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh ditempatkan di dalam Syurga yang penuh dengan segala nikmat dan kesenangan;"(Al-Hajj: ayat 56)

Jam pasirku...

Assalamualaikum.. first of all, alhamdulillah syukur sgt2 kpd Allah Tuhan Pencipta segala2nya yang bagi saya kekuatan dan menggerakkan diri saya untuk buat blog ni walaupun saya ni bukanlah seorang yg minat dlm blog mengeblog ni..eheh


Kenapa saya pilih nama "jam pasirku" sbg nama blog saya ni? erm.. mesti semua tertanya2.. okla meh saya jawabkan.. saya pilih nama "jam pasirku" ni sebab ada maksud yg tersirat dalamnya.. erm setiap manusia ini pabila diciptakan or once dia dilahirkan ke dunia ni akan bermulalah masa hidup dia..masa tersebut ibarat jam pasir... once kita dilahirkan, jam pasir itu pun bermulalah dgn butirannya yang pertama... "tup""tup""tup" camtula lbih kurang bunyik pasir yg jatuh dlm balang jam pasir tu..eheh erm bagi setiap dari kita sekarang ni, contohnya saya la kan dah berumur 21, so betapa dah tinggi dah timbunan pasir yg dijatuhkan dlm balang jam pasir itu... mungkinlah saki baki pasir yg tinggal di bahagian atas jam pasir untuk saya hanya tinggal beberapa inci sahaja lagi..means that, saki baki hidup saya kat dunia ni just tinggal beberapa ketika sahaja lagi.. tak taulah berapa banyak lagi saki baki pasir bahagian atas jam pasir tu untuk saya untuk anda dan untuk sesapa sahaja, kita langsung takdak pengetahuan tentang tu.. only Allah knows.. so, mungkinlah jam pasir kita sekarang dah mencapai butiran2 yang dah nak dekat habes dah.. wallahua'lam.. tapi for sure, pasir bahagian atas yang jatuh ke bawah balang jam pasir tu sudah semestinya bukan semakin bertambah tapi semakin berkurang..(maksud dia masa kita hidup di dunia ini bukanlah semakin bertambah tetapi semakin berkurang..) jadik, tujuan saya bubuh nama blog saya sebagai "jam pasirku" ni adalah bertujuan untuk mengingatkan diri ini dan diri sesiapa sahaja bahwa hidup kita kat dunia ni semakin berkurang, dan bukanlah bertambah..kita semakin dekat dengan ajal atau kematian yang PASTI.. oleh tu, gunalah masa yg ada ni sebaik mungkin untuk mencari redha Illahi, sbb kemungkinan kita dah sampai pada butiran2 pasir yg terakhir, tanpa kita sedari!..so..kalau bukak blog saya ni, n tgk nama dia "jam pasirku" ingatlah jam pasir anda jugak,ok!:) heee~~